Sunday, 15 January 2017

KUIZ


Promosi boleh didefinisikan sebagai komunikasi yang digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, menggalak dan menyakinkan pengguna dan pembeli-pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan membeli keluaran yang dipasarkan.


 1.    Berdasarkan kenyataan diatas, antara berikut yang manakah peranan promosi?

          I.        Menjamin keuntungan
         II.        Menjaga imej keluaran
        III.        Memperluaskan pasaran
       IV.        Menyampaikan maklumat

A. I, II dan III                                 B. I, III dan IV
C. I, II dan IV                                D. II, III dan IV

Aras Kesukaran
C0CU/WA
Keterampilan
Tinggi
C05/WA3
Fakta/Teori


2.    Mengapakah pengiklanan melalui televisyen lebih berkesan daripada radio?

  1. Gabungan kesan audio dan visual
  2. Sasaran golongan yang lebih besar
  3. Mesej iklan boleh disampaikan secara meluas
  4. Boleh menyelitkan iklan dalam rancangan popular

Aras Kesukaran
C0CU/WA
Keterampilan
Sederhana
C05/WA1
Fakta/Teori


marketing fish







Definisi Promosi Jualan




   1.0      Definisi Promosi Jualan
1.1     Definisi Promosi
Promosi merupakan elemen campuran pemasaran yang paling ketara kerana kebanyakan pengguna terdedah kepada elemen promosi dan mempunyai pendapat tersendiri samada mereka menyukai atau tidak menyukai sesuatu aktiviti promosi.

Promosi boleh didefinisikan sebagai komunikasi yang digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, menggalak dan menyakinkan pengguna dan pembeli-pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan membeli keluaran yang dipasarkan.

1.2     Definisi Promosi Jualan
Promosi jualan merupakan satu insentif jangka pendek yang diberikan oleh pemasar kepada pelanggannya sebagai dorongan untuk menggalakan usaha jualan produk oleh ahli-ahli perdagangan. Promosi jualan juga ditakrifkan sebagai rangsangan secara langsung yang menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih keatas keluaran melalui desakan jualan, agihan keluaran kepada pengguna akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera.