1.0 Definisi Promosi Jualan
1.1 Definisi Promosi
Promosi merupakan elemen campuran
pemasaran yang paling ketara kerana kebanyakan pengguna terdedah kepada elemen
promosi dan mempunyai pendapat tersendiri samada mereka menyukai atau tidak
menyukai sesuatu aktiviti promosi.
Promosi boleh didefinisikan sebagai
komunikasi yang digunakan oleh pemasar untuk memberitahu, menggalak dan
menyakinkan pengguna dan pembeli-pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan
membeli keluaran yang dipasarkan.
1.2 Definisi Promosi Jualan
Promosi jualan merupakan satu
insentif jangka pendek yang diberikan oleh pemasar kepada pelanggannya sebagai
dorongan untuk menggalakan usaha jualan produk oleh ahli-ahli perdagangan. Promosi jualan juga ditakrifkan sebagai
rangsangan secara langsung yang menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih
keatas keluaran melalui desakan jualan, agihan keluaran kepada pengguna akhir
dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera.
No comments:
Post a Comment